Tuesday, 25 October 2016

          




          
          Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu amenity dan kegunaan halal alam sekitar.

          

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling

          Dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.









Bentuk-bentuk pencemaran yang terdapat di negara kita, antaranya ialah:
Pencemaran udaraiaitu pembebasan bahan kimia berbahaya iaitu benda                                      asing lain ke dalam atmosfera. Sebagai contoh,                                               bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur                                       dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen                                                   dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang                                      industri.
Pencemaran airkebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam                                         sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga                                                 mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada                                 dari segi biologi, kimia dan fizik.
Pencemaran tanih peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat,                                        hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih,                                              sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan                                     hakisan.
Pencemaran radioaktifpelepasan bahan radioaktif ke dalam alam                                                       sekeliling.
Pencemaran bunyi – yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan                                              industri biasanya melebihi 80 dB (decibal).
Pencemaran cahayapenyinaran lebihan, lazimnya di bandar besar.
Pencemaran termaperubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti                                            penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana                                      kuasa elektrik.
Pencemaran visualpemusnahan alam fizikal dan penghakisan                                                      keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan                                              papan iklan.

Faktor-faktor cintai alam sekitar....
          Antara faktor yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan.
                     Selain itu, antara faktor lain ialah pembuangan secara tidak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negative yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pebangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan

          Penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan.
           
          Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut berdekatan.

          Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
          Kesimpulannya, faktor-faktor pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organsasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air,udara, tanah, dan bunyi


Kita sebagai penghuni bumi juga memainkan peranan masing-masing demi menjaga kebersihan dan cintai alam sekitar. Oleh itu berikut adalah antara langkah-langkah yang mesti diambil sebelum sudah terhantuk baru tergadah...
          Media massa adalah salah satu langkah yang boleh diambil. Antaranya termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, computer dan surat khabar. Media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar.
          Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar
          Langkah ketiga ialah melalui organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperknalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan di sekolah.
           Langkah seterusnya adalah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik.
          Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Oleh itu di dalam hadis ada menyebut tentang manfaat menjaga kebersihan ini

Ertinya : “Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”







          Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai negara. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Kesan tidak mengamalkan gaya hidup sihat...

          Dapat mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya sebagai contoh demam, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan banyak lagi. Penyakit ini juga boleh membawa kematian jika tidak dicegah awal. Oleh itu, kita mesti menjaga kesihatan diri supaya hidup kita terhindar daripada pelbagai penyakit.
          Apabila kita tidak menjaga kesihatan diri badan kita akan menjadi lemah akibat kurang melakukan aktiviti-aktiviti yang mencergaskan badan seperti jogging, senaman ringkas dan lain-lain.
          Tidak menjaga kebersihan juga dapat menyebabkan penambahan berat badan akibat makan makanan yang tidak seimbang. Ini adalah kerana kita sering makan makanan yang banyak kolestrol dan kurang mengamalkan makanan yang banyak vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana makanan seperti sayur tidak disukai oleh orang ramai kerana sedikit pahit

Faktor-faktor mengamalkan gaya hidup sihat:
          Salah satu keperluan asas bagi kehidupan dan kesihatan ialah pemakanan yang mencukupi dan seimbang. Makanan yang seimbang sangat penting untuk kebaikan. Kita perlukan makanan yang seimbang akan terganggu jika berlaku malnutrisi iaitu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan.
          Kita perlu memilih makanan yang sesuai supaya kita dapat menikmati keenakannya di samping mendapat khasiatnya. Di samping kuantiti makanan, kualiti makanan juga perlu dititikberatkan. Tabiat pemakanan yang buruk boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti obesiti dan penyakit-penyakit seperti diabetis, hipertensi, penyakit jantung dan ulser peptic.
         Amalan menjaga kebersihan tangan adalah perlu sebelum dan selepas makan. Begitu juga selepas menggunakan tandas, seseorang itu haruslah membersih tangan dengan sabun pada tapak tangan dan juga celah-celah jari. Kuku jari yang panjang seharusnya dipotong supaya kuman tidak terlekat di dalamnya. Kebersihan kaki juga amat penting bagi menjaga kebersihan diri, kita hendaklah memakai kasut atau selipar, membasuh kaki dan mengeringkannnya serta memakai stoking dan kasut yang bersih supaya tidak dijangkiti penyakit
         Menjaga kebersihan diri juga amat penting di mana seseorang itu tidak boleh berkongsi berus gigi. Selain itu, juga hendaklah memberus gigi dengan cara yang betul dan ubat gigi yang sesuai bagi memastikan gigi dan gusi tidak rosak. Amalan memberus gigi perlu dipraktikkan kepada kanak-kanak supaya menjadi rutin harian. Kita perlulah memberus gigi selepas makan dan sebelum tidur dan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
          Pakaian yang dipakai oleh kita hendaklah dibasuh dan dikeringkan dengan sempurna sebelum diguna semula bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit. Pakaian yang kotor atau lembab akan mengundang pelbagai kesan terhadap diri.
          Pada masa kini semua orang sedar mengapa senaman itu penting untuk kesihatan secara keseluruhannya. Gaya hidup aktif merupakan faktor utama bagi penyakit jantung dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolestrol yang memudaratkan dan tekanan yang tinggi.
          Faktor terakhir yang mempengaruhi gaya hidup sihat ialah tidur, rehat dan istirehat yang mencukupnya. Setiap individu itu memerlukan rehat yang cukup. Rehat adalah satu faktor yang sering kita kaitakan dengan tidur. Tidur berkualiti bukan bermakna kita tidur dalam masa yang panjang, sebaliknya tidur apabila sudah mengantuk dan bangunlah apabila tubuh sudah merasa segar.

Cara-cara menyelesaikan masalah gaya hidup sihat, antaranya:
1.Makan makanan yang seimbangAmalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan. Makanan yang kurang khasiat perlu dikurangkan atau lebih elok dielakkan.
2.Minum air secukupnyaMinum air suam atau air masak yang bukannya air manis atau air berkhabonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalua diamalkan. Tetapi, kena rajn buat sendiri, sebab yang dijual di kedai itu sudah ditambah dengan gula.
3.BersenamKalau hendak sihat, hendaklah rajin bersenam. Berjogging berjalan kaki atau berbasikal mahupun elok kesihatan dan menambah stamina.
4.Buat sesuatu yang kita minatApabila melakukan sesuati aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat.
5.Kawal berat badanBerat badan hendaklah dikawal, tidak boleh berlebihan dan tidak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita
6. Pengambilan supplemenPengambilan supplemen penting terutamanya untuk sentiasa sibuk sampai kadang kala tidak sempat hendak makan ataupun kurang rehat.
7. RehatSesibuk mana pun kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan.
8. TidurPastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tidak elok juga, boleh menyebabkan badan kita akan terasa letih.
9. Berfikiran positif Dengan berfikir positif hidup kita akan berasa lebih ceria.
10. Pemeriksaaan kesihatanLakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaaan kesihatan ini penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.

Berikut adalah cara hidup sihat Rasulullah yang boleh kita amalkan:


1. Rasulullah tidak makan sebelum lapar dan tidak berlebihan dalam makan.

Cara Hidup Sehat Menurut Islam yang dijalani oleh Nabi Allah yang terakhir ini sungguh boleh dijadikan teladan bagi umat zaman sekarang. Salah satu cara hidup sihatnya adalah Rasulullah tidak makan sebelum lapar dan tidak berlebihan dalam makan. Nyatanya hal itu terbukti menyihatkan secara ilmiah.

2. Rasulullah Duduk ketika hendak minum

Apabila merasa haus Rasulullah biasa meminum air dengan duduk terlebih dahulu. Ternyata cara ini juga terbukti menyihatkan secara ilmiah dimana ketika kita meminum air dengan posisi masih berdiri akan ada katup yang belum siap menerima tekanan air dan ketika duduk katup itu terbuka dan siap menerima air. Maka dari itu, mulakanlah biasakan diri anda untuk duduk terlebih dahulu saat minum agar lebih sehat.

3. Rasulullah makan dengan tangan kanan

Ternyata makan dengan tangan kanan bukan hanya sekadar tradisi tetapi juga menurut sebuah penelitian ini juga salah satu gaya hidup yang sehat. Saat anda makan menggunakan tangan kanan maka yang aktif adalah otak kiri dimana sifat otak kiri ini selalu teratur, dan tetap berpikir. Namun apabila makan menggunakan tangan kiri maka yang aktif adalah otak kanan yang memiliki sifat imajinasi dan acak. Jadi bisa disimpulkan makan dengan tangan kiri dianggap kurang sepadan menurut sebuah penelitian, karena bisa membuat pikiran menjadi tidak fokus.

4. Rasulullah S.A.W. cepat tidur dan cepat bangun.

Setelah tiba waktunya tidur, maka secepatnya Rasulullah SAW akan cepat tidur. Jadi tidur yang tepat di malam hari kira-kira adalah seusai istirahat setelah shalat Isya, atau kurang lebih pukul 21.30. Setelah itu, kemudian kira-kira pukul 03.00 sudah bangun di pertiga malam untuk shalat malam. Jadi dengan demikian waktu yang digunakan untuk tidur adalah kurang dari delapan jam. Di dalam konteks ini, adanya penggunaan waktu 24 jam dalam satu hari satu malam jadi seperti berikut : sepertiga untuk bekerja, sepertiga untuk beribadah kepada Allah, dan sepertiga lagi adalah untuk tidur yang cukup. Nah tentu saja, perbandingan ini tidaklah kaku, namun tentu saja dalam pengertian dalam keseimbangan.

5. Rasulullah sering berpuasa

Yang terakhir ini sudah dibuktikan khasiat dan manfaatnya oleh banyak penelitian. Menurut sebuah penelitian berpuasa adalah sebuah metode ampuh untuk menahan diri. Hal ini merupakan sebuah cara sehat yang belum diketahui orang-orang zaman sekarang. 









Kesimpulan

Demikian adalah keterangan lengkap tentang cintai alam sekitar dan gaya hidup sihat. Dalam kedua-dua konteks ini kita sebagai insan yang bertanggungjawab seharusnya patuh dan akur pada pentingnya kebersihan alam sekitar dan gaya hidup sihat. Kombinasi kedua-duanya ini mampu mengekalkan kesihatan hidup kita terjamin dan boleh melahirkan modal insan yang sihat tubuh badan. Oleh itu, dengan peluang yang ada ini kita ambil sebagai satu panduan hidup untuk kita tatkala kita masih hidup di bandar Metropolitan yang penuh pancaroba ini...

Sekian Assalamualaikum....